Apabila anda mengunjungi Kelantan, Villa Impiana merupakan satu lokasi yang mesti disinggahi. Villa Impiana, juga dikenali sebagai villa mewah ini terletak di Bachok, Kelantan. Ada yang menggelarkan villa in sebagai Chalet Pantai Irama dan Chalet Bachok.

Villa ini ternyata berbeza dengan homestay lain. Ianya dibina dan direka khas bagi mencipta satu pengalaman percutian yang takkan dapat dilupakan. Villa ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur menghadap pantai. Pada setiap blik tidur, ada kemudahan bilik air disediakan.

Yang lebih menarik, bilik-bilik tidur ini mempunyai anjung pemandangan panoramik. Anda dan keluarga boleh menikmati keindahan matahari terbenam di senja hari dari bilik sendiri. Indah dan menakjubkan.

Bagi memastikan percutian anda di Chalet Pantai Irama ini satu pengalaman selesa, ada 3 katil bersaiz Queen ditambah 2 lagi katil bersaiz Single. Sebanyak 5 sofa bed disediakan juga. Setiap bilik tidur boleh dimasuki oleh 4 orang.

Selain dari itu, villa ini dilengkapi pelbagai macam kemudahan. Anda dan keluarga boleh mengadakan pelbagai aktiviti kekeluargaan. Sesuai untuk hari keluarga dan majlis keraian.

Kemudahan lain yang disediakan termasuklah:

1. Ruang parking yang luas

2. Dewan serbaguna berhawa dingin

3.Bilik-Bilik Tidur Berhawa Dingin

4. Shower air panas

5. TV setiap bilik

6. Common fridge & Kitchenette