Villa Impiana merupakan satu private villa yang eksklusif di Perupok, Bachok, Kelantan. Private villa ini bersedia menerima tetamu untuk pelbagai macam acara. Antaranya majlis perkahwinan, hari keluarga, majlis reunion, aktiviti-aktiviti di tepi pantai dan macam-macam lagi.

Bagi yang mencari penginapan eksklusif dan mewah untuk keluarga, villa ini adalah pilihan yang tepat. Villa ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menakjubkan. Pastinya pengalaman yang luar biasa bakal dirasai oleh mereka yang bercuti di sini.

Kemudahan di Villa Impiana

Misi kami adalah memastikan pengalaman percutian dan penginapan anda menjadi satu memori indah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Justeru, di Villa Impianan kamu berusaha sebaik mungkin menyediakan kemudahan yang menggembirakan anda dan keluarga.

Kolam Renang Dewasa dan Kanak-Kanak

kolam renang
Ini bakal menjadi tempat kegemaran anak-anak andai. Villa Impianan menyediakan kolam renang khas untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Airnya bersih. Ditambah lagi dengan reka bentuk kolam renang yang menarik.

8 Bilik Tidur Yang Selesa

bilik tidur villa impiana
Villa Impiana menyediakan 8 bilik tidur yang lengkap dengan kemudahan bilik air, televisyen dan penghawa dingin. Bilik tidurnya luas dan selesa.

Dewan Terbuka

dewan terbuka
Dewan ini sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti atau permainan. Selain itu, dewan terbukan ini juga boleh dijadikan tempat jamuan sambil menikmati keindahan pemandangan pantai.

Ruang BBQ


Hari keluarga anda tidak akan lengkap tanpa BBQ. Justeru kami menyediakan ruang khas berserta kelengkapan BBQ. Dan sekiranya anda perlukan khidmat kami untuk menguruskan BBQ, hubungi saja dan kita boleh bincang.

Seaview Deck

sewa view deck villa impiana
Nikmati pemandangan senja yang memukau dari seaview deck yang direka khas untuk anda. Dari dek ini anda akan melihat pemandangan pantai yang indah lagi mengasyikkan.

Buaian Tepi Pantai

buaian
Villa Impiana menyediakan buaian di tepi pantai dan di dalam kawasan villa. Buaian ini dibina supaya anda dapat menikmati keindahan laut dan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

Pantai Yang Terpelihara

naik kuda
Keunikan pantai di hadapan Villa Impiana adalah ianya masih cantik terjaga. Bukan saja airnya bersih, bahkan anda boleh mengadakan pelbagai macam aktiviti pantai seperti naik kuda, bina istana pasir dan mandi manda.

Bagaimana Menempah Private Villa

Villa Impiana bersedia menerima tempahan daripada anda. Harganya adalah RM2400 sehari. Hubungi kami di talian 019-939 5858.