PERKAHWINAN PANTAI

Tanpa mengira apa juga jenis perkahwinan yang anda impikan, sudah pasti perancangan adalah penting. Jika anda memilih untuk mengadakan majlis persandingan di tepi pantai pastikan anda membuat perancangan yang teliti dan teratur supaya majlis berjalan dengan sempurna seperti yang dirancang.  Pesona Pengantin menyajikan anda tip untuk perancangan dan persiapan bagi mengadakan majlis persandingan paling romantis di pinggir pantai.

 

1.Cuaca

Anda perlu ingat! bahawa anda mungkin tidak dapat untuk mengawal keadaan cuaca.  Sebab itu anda perlu mempunyai ‘back up’ plan terutama sekali jika berlaku cuaca buruk yang mungkin tidak dijaga.  Anda perlu menyediakan lokasi yang tertutup atau khemah serta kanopi besar bagi memastikan tetamu yang hadir dapat berlindung ketika cuaca buruk.

 

2.Menu Makanan

Makanan merupakan sesuatu yang penting dan wajib dalam majlis perkahwinan.  Sudah pasti setiap tetamu yang datang ingin menikmati makanan yang lazat dan enak.  Anda boleh mencuba sesuatu yang baru dengan menu makanan anda seperti hidangan yang lebih ringkas seperti makanan barat, barbeku, stik, salad dan makanan yang dipanggang.  Jangan dilupa pula dengan buah-buahan dan pencuci mulut yang bersesuaian.

 

3.Muzik 

Selain bunyi burung, bunyi ombak yang garang turut sama memecahkan kesunyian, dikhuatiri akan mengganggu gugat kelancaran majlis resepsi anda.Alunan lagu dan muzik mendayu-dayu pasti membuai suasana di majlis perkahwinan anda nanti.

Untuk membuatkan majlis anda lebih romantis pastikan anda memilih lagu yang bersesuaian untuk memberi perasaan yang menenangkan serta menyeronokkan buat tetamu yang hadir. Ini penting untuk memastikan lagu dan muzik yang dipasang agar tidak terlalu kuat dan bising sehingga menganggu orang lain.

 

4.Pilih Persalinan Pakaian Pastel

Jangan takut untuk memakai warna-warna pastel selain warna putih kerana ianya juga kelihatan sempurna dipakai untuk majlis perkahwinan pantai.Tidak semua jenis fabrik dan rekaan baju pengantin yang dinukilkan khas untuk acara persandingan di tepi laut. Jadi, pilih persalinan yang sewajarnya.

 

5.Perlukah Anda Memakai Kasut?

Jika anda tetap mahu memakai kasut, adalah lebih baik jika anda tidak memakai kasut bertumit tinggi kerana meyukarkan anda untuk berjalan di atas permukaan pasir.

Jika anda masih mahu memakai kasut tumit tinggi juga, sediakan satu laluan khas yang menggunakan permukaan kayu ke pelamin anda.Tetapi pastikan laluan itu ditutupi dengan pasir pantai agar ia kelihatan natural seolah2 permukaan pasir pantai yang biasa.

 

6.Hiasan

Perkara yang tidak kurang pentingnya apabila merencana majlis perkahwinan di pantai adalah hiasan atau dekorasi.  Ia sepatutnya tidak terlalu rumit dan serabut kerana majlis perkahwinan berkonsepkan pantai perlu ringkas dan kelihatan romantis.  Hiasan dan dekorasi yang minimalis pasti memberi satu suasana yang lain daripada majlis di rumah.  Cukup dengan hanya tambahan bunga segar, suasana majlis pasti tampak santai dan tidak terlalu formal.

Perkahwinan yang disaksikan oleh keluarga dan sahabat dalam suasana syahdu nan romantis di pinggir pantai, sudah pasti menjadi impian semua orang.  Pesta persandingan di pinggir pantai lebih ringkas termasuklah dekorasinya.  Hanya dengan hiasan bunga, pemandangan semulajadinya pasti sudah memberikan suasana khas yang sangat romantis.



Leave a Reply