Villa Impiana merupakan satu-satunya private villa exclusive yang menawarkan pakej perkahwinan Beach Wedding di Kelantan. Pakej ini direka khas untuk merpati sejoli supaya kenangan indah ini kekal abadi di dalam memori.

Villa ini mempunyai kemudahan lengkap dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan. Villa eksklusif ini terletak di Perupok, Bachok, Kelantan. Setiap kemudahan disediakan supaya anda betul-betul berpuas hati dan ingin datang lagi.

Kemudahan Beach Wedding

Kami senaraikan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Seandainya ada sebarang permintaan tambahan, terus saja berhubung dengan kami. Keutamaan kami adalah untuk menjadikan majlis anda satu kenangan indah.

Dewan Perkahwinan Khas

Dewan perkahwinan ini merupakan dewan tertutup yang dilengkapi penghawa dingin. Tempatnya selesa dan luas.
dewan perkahwinan kelantan

Dewan Makan dan Meja Beradat

Di bahagian luar Villa Impiana, kami menyediakan tempat makan yang luas. Tempat ini sangat sesuai untuk hidangan kepada tetamu. Dan ada juga ruang untuk meja beradat.
dewan makan beach wedding kelantan

Dek Berhadapan Pantai

Ini adalah sesuatu yang tidak akan didapati di tempat lain. Villa Impianan menyediakan satu dek khas yang menghadap pantai. Dek ini boleh juga dijadikan tempat bersanding.
dek beach wedding

Suasana Perkahwinan di Tepi Pantai

Selain daripada dewan terbuka, majlis perkahwinan boleh juga diadakan di tepi pantai. Para tetamu boleh menikmati angin pantai sambil menjamu selera. Satu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan.
dek untuk jamuan 7

Rekaan Pelamin Istimewa

Di dalam pakej perkahwinan Villa Impiana, kami juga menyediakan perkhidmatan rekaan pelamin. Ini bagi memudahkan urusan anda. Semuanya kami uruskan.
pelamin beach wedding kelantan

Pakej Perkahwinan Beach Wedding

Kami cuba sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda supaya pengalaman majlis perkahwinan anda menjadi satu memori indah. Dari segi harga, pakej perkahwinan berkonsepkan Beach Wedding ini mempunyai dua pilihan.

Bagi jumlah tetamu yang kurang dari 250 orang, harganya adalah RM40 seorang. Manakala bagi jumlah tetamu melebihi 500 orang, harganya adalah RM35 seorang.

Bagaimana Menempah Pakej Perkahwinan di Villa Impiana

Tempahan boleh dibuat menerusi talian 019-939 5858. Anda boleh terus whatsapp atau hubungi nombor berkenaan. Kami akan membantu anda sedaya upaya dalam memastikan majlis perkahwinan anda gilang gemilang.