Villa Impiana Perupok terletak di daerah Bachok Kelantan. Ia merupakan sebuah villa mewah eksklusif (private villa) tepi pantai yang terletak hanya 30 meter dari jalan utama Tok Bali – Pengkalan Chepa/Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) melalui jalan Pantai Irama.

Villa ini terletak kira-kira 26 km dari Tok Bali dan 16 km dari bandar Kota Bharu. Villa ini juga berada kira-kira 19 km dari LTSIP Pengkalan Chepa.

Terdapat 3 laluan yang menghubungkan villa ini dengan bandar Kota Bharu.Jalan pertama menerusi pekan Beris Kubur Besar – Binjai – Kubang Kerian. Jalan Kedua menerusi Pekan Tawang – Pulau Melaka – Tapang dan jalan ketiga menerusi Jambatan Pak Nik Lah – Padang Tembak – Rambutan Rendang.

Di Villa Impiana ini ada pelbagai macam kemudahan. Kami menyediakan villa mewah ini untuk disewa bagi percutian anda dan keluarga. Ada enam bilik tidur, ruang tamu dan ruang BBQ yang dibina khas bagi memeriahkan percutian anda dan keluarga.

Selain daripada percutian hari keluarga, Villa Impiana juga menyediakan kemudahan bagi menyewa dewan perkahwinan. Terdapat dua dewan yang dibina khas bagi tujuan ini. Dewan berhawa dingin dan dewan terbuka.