Pelbagai macam aktiviti boleh dilakukan di Villa Impiana bagi memeriahkan lagi penginapan anda di sini. Para pengunjung boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Villa Impiana.

Ini adalah antara aktiviti-aktiviti menarik yang pernah dirakamkan oleh pengunjung Villa Impiana.

Sukan Pantai

sukan pantai
Aktivit bersenam, bermain bola dan macam-macam lagi aktiviti pantai boleh dilakukan. Tidak ada gangguan dari sesiapa.

Berenang dalam Kolam Renang


Villa Impiana menyediakan kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa. Ada ruang kolam renang yang beratap sekaligus melindungi daripada cahaya matahari.

Set Karaoke

set karaoke villa impiana
Kami menyediakan set karaoke khas untuk anda berhibur bersama sanak saudara. Anda boleh menyanyi sepuas-puasnya.

Bermain Buai di Tepi Pantai

buaian
Buaian ini dibina di tepi pantai. Anda boleh menaiki buai ini sambil menikmati pemandangan senja pantai yang indah.

Barbeku Bersama Keluarga


Sambil-sambil berkelah, nikmati kesedapan hidangan BBQ. Kemudahan BBQ ini ada disediakan oleh Villa Impiana

Mandi Manda di Pantai


Ini acara wajib bagi kebanyakkan pengunjung Villa Impiana. Mandi manda di pantai yang terpelihara dan cantik.

Aktiviti di Villa Impiana

Apa yang paling menarik di sini adalah anda dan keluarga mempunyai privasi tersendiri. Kawasan ini adalah kawasan tertutup dan milik anda sepenuhnya. Jadi nikmati dan rasai pengalaman pantai yang menakjubkan.