5 TEMPAT  MENARIK DI BACHOK

Jajahan Bachok kaya dengan tempat-tempat menarik yang sentiasa menjadi pilihan pelancong dari luar negara mahupun rakyat tempatan. Antara tempat-tempat yang boleh dikunjungi di jajahan ini ialah:

PANTAI IRAMA

 

 

 

 

 

 

Pantai Irama yang merupakan tempat perlancongan utama di Jajahan Bachok dengan jaraknya 18Km dari bandar Kota Bharu. Dipantai ini sesuai untuk mandi-mandian dan juga bermain atau mengadakan aktiviti yang bersesuaian. Pantainya yang cantik serta airlaut yang membiru amat memikat hati dan sungguh menakjubkan seluas mata yang memandang.

 

TAMAN POKOK RHU,PANTAI SENOK

Bukan saja cantik dan indah pada waktu siang, tapi bila waktu senja lihat sajalah keadaan yang indah permai ni. Boleh buatkan kita rasa tenteram je melihat kebesaran ciptaan Tuhan.

 

 

 

 

 

Sebenarnya pokok-pokok ru di Pantai Senok ini ditanam oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan agensi kerajaan dalam usaha untuk mengalakkan penjagaan alam sekitar sejak lebih lima tahun dahulu.

Kini pokok-pokok ru tersebut mula membesar menjadi semakin matang, sekali gus mengindahkan kawasan Pantai Senok hingga menjadi sebahagian tarikan pelancong di Kelantan.

VILLA DANIALA BEACH RESORT

 

 

 

 

 

 

 

Alamilah Khazanah tersembunyi di Tok Bali dengan pantai yang belum tercemar serta pasir yang memutih. Villa Danialla adalah sebuah surga pantai di Laut China Selatan yang membiru serta memikat hati dan sungguh menakjubkan seluas mata memandang. Tempat yang penuh dengan ketenangan yang anda idam-idamkan selama ini.

SUDARA BEACH RESORT

 

 

 

 

 

 

Pelbagai pilihan chalet dan bilik hotel Sudara Beach Resort ditawarkan bagi memenuhi citarasa anda. Bilik standard, deluxe, family dan suite. Samada anda memilih Pakej Bulan Madu atau pakej Hari Keluarga atau Pakej Kumpulan pasti anda dapat keselesaan dan harga menepati citarasa anda. Kira-kira 45 KM dari bandar Kota Bharu didalam jajahan Bachok di Daerah Telong. Kelembutan dan kedamaian suasana menyentuh perasaan dan menenangkan jiwa. Keluar berlayar merupakan satu sukan baik pada setiap tahun dan anginnya yang bertiup akan menjadikan pemandangan yang serba indah dari kehidupan yang membosankan akan memberi kenangan yang indah di Laut China Selatan. Kelihatan pulau-pulau berdekatan seperti pulau Saji dan Pulau Susu Dara dikenali juga oleh penduduk setempat sebagai SUDARA

 

PERMAI CHALET MELAWI

 

 

 

 

 

 

Alamilah pengelaman dan kemeriahan Permai Chalet di Pantai Melawi, terletak 23 Km dari Bandar Kota Bharu (Kira-kira 30 minit Perjalanan) dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mengambil masa 30 minit dengan menggunakan teksi atau dari perhentian bas Kota Bharu dapatkan bas 23/B ke cabang 3 Melawi. Pantainya yang memutih dan alunan ombak mengalu-galukan kedatangan anda. Penyebab dan keselesaan kami sediakan di Chalet dan Dorms.

 



Leave a Reply