5 TEMPAT MAKAN TERBAIK DI BACHOK

Hai semua tengah buat apa tu??hmm cuaca nampaknya panas terik dah sekarang ya kerana musim tengkujuh sudah berlaku pergi.Hujung minggu best kan jikalau kita isi masa lapang bersama keluarga dengan aktiviti santai. Cubalah anda jalan-jalan tempat di tepi pantai atau tukar selera sekali sekala nak makan itu nak makan ini kan  bersama keluarga dan kawan-kawan anda ala bukan selalu boleh keluar sesama kan.

Jom kita terjah kedai-kedai makan di area Bachok ini satu persatu:

1.Nasi Kukus Ziela,Tawang

Amat menjamu selera dengan ulam-ulaman yang ditambah pada hidangan ini.Singgahan yang menyelerakan sebelum anda berendam di Pantai Bachok.

Salah satu tarikan pengunjung ke negeri Kelantan adalah kerana keindahan pantai pasir halus memutih seperti Pantai Melawi, Pantai Irama dan Pantai Kemasin yang terletak dalam Daerah Bachok . Maka dengan itu , sudah pastinya pencarian tempat makan sedap menjadi keutamaan tatkala perut kosong dan mulut berselera.

 

 

Dengan itu kami memperkenalkan Ziela Nasi Kukus, Tawang yang sangat popular di kalangan penjawat awam dan penduduk sekitarnya. Premis ini terletak hanya 100 meter dari Balai Polis Tawang, Bachok.

KLIK sini untuk rajah dari Google Map dan koordinat GPSnya pula adalah 6.115369,102.357661

 

 

2.OG Nasi Ayam

Ia beroperasi dari pukul 3.00 petang hingga 3.00 pagi.Di sini selain ada dijual nasi ayam terdapat juga menu lain seperti nasi goreng ayam yang digoreng bersama sayur lobak bersama sup.

 

Selain itu juga kedai OG nasi ayam juga sedia menerima tempahan nasi ayam atau roti canai dalam bilangan yang banyak untuk sebarang majlis.

 

 

 

 

Anda tidak perlu pergi tempah terus dari kedai,anda boleh juga bercakap melalui telefon untuk sebarang pertanyaaan dan tempahan untuk masa yang terdekat.Seelok-eloknya anda bolehlah order awal iaitu seminggu lebih awal dari tarikh majlis.

 

 

 

Berikut merupakan air teh hijau yang menjadi minuman yang sangat diminati bagi pelanggan dikedai ini.

 

3.KFC Pantai Irama

 

Di sini anda boleh melihat pemandangan menghadap ke Pantai Irama sambil menikmati ayam goreng dari KFC.Kedai Kentucky Fried Chicken ini besar dan luar serta mempunyai 2 ruang besar 2 tingkat.Anda boleh juga Drive Thru menggunakan kereta tanpa makan di sini untuk dibawa balik ke rumah.Servisnya memang cepat bagi mereka yang mengejar masa ataupun agak sibuk dengan kerja sampai tidak sempat beratur.

4.Fizow Kitchen

Waktu Beroperasi : Selasa – Ahad, 11am – 11pm.

Haa yang anda lihat sekarang ini terdapat makanan ala barat  iaitu lamb chop,chicken chop dan banyak lagi.Selain itu hidangan burger pon ada bersama makanan segera dan hidangan makanan Thailand yang paling istimewa.Ia jadi lagi istimewa kerana pemilik kedainya adalah seorang artis yang bernama Fizow Omar anda kenalkan.Harganya memang agak berpatutan dan kedainya ala-ala vintage sikit yang banyak berkonsepkan kegunaan kayu-kayu pallete.

Pelbagai jenis burger boleh anda dapat apabila anda singgah di kedai Fizow Kitchen ini.Jikalau anda berkesempatan boleh juga Fizow Omar dan isterinya sekali iaitu Mawar.

Makanan segera yang lain seperti pelbagai jenis lok ching boleh anda dapat bila seperti lok ching ayam & lok ching daging dan usah bimbang harganya juga tetap sama iaitu RM5.90.

Anda tahu tak pemilik kedainya adalah kacukan melayu thailand jadi bolehla masak hidangan Thailand seperti Pad Thai,Miang Kam,Kerabu Ikan Bilis,Nam Kun dan Nam Sai.Harga-harganya juga memang memuaskan hati pelanggan.

5.Umie Aida Cafe

Jika mahu cari kelainan masakan yang ala Thai panas-panas bolehla juga singgah di sini.Tomyam ‘pure’ juga ada di sini boleh dikatakan kesemua masakan panas ala Thai pilihan orang Kelate boleh anda jumpa dan rasai sendiri di sini.

 

 

 

 

 

 

 

Macam-macam jenis minuman boleh anda cuba di sini dengan panggilan nama yang lain dari yang lain air minuman ‘kiss u’,’sweetie’ dan banyak lagi lah.selamat mencuba.



Leave a Reply