5 Sebab Mengapa Memilih Villa Impiana
  1. Villa Impiana merupakan sebuah ‘private villa’ dan dengan sendirinya memberikan anda rasa bebas untuk sesuatu majlis atau percutian.Bayangkan sebuah villa untuk majlis atau percutian.Bayangkan sebuah villa untuk majlis atau percutian keluarga anda tanpa berkongsi dengan pengunjung-pengunjung lain.

  2. Villa ini juga terletak betul-betul ditepi pantai yang tidak terusik dan sangat indah.Tidak perlu lagi berkongsi mandi atau bersantai dipantai dengan pengunjung-pengunjung lain dan pantainya adalah untuk keluarga dan rakan-rakan anda sahaja.

  3. Kami juga menyediakan perkihidmatan pengangkutan percuma untuk merkaa yang datang ke Kelantan dengan kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Ismail di Pengkalan Chepa sekiranya menyewa keseluruhan villa kami iaitu villa utama dan guest house.Pengangkutan pergi balik dari airport-villa-aiport untuk 6 orang diberikan secara percuma.

  4. Kami juga menyediakan perkhidmatan kenderaan untuk melawat ke tempat -tempat menarik dan pusat-pusat membeli belah di sekitar Kota Bharu , Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur dengan bayaran RM500 sehari dari jam 9pagi hingga 6 petang untuk 6 orang.Seorang pemandu akan diperuntukkan untuk tujuan ini.

  5. Untuk datang ke villa kami juga sangat senang.Ianya terletak kira-kira 30 meter di tepi jalan utama diantara Pantai Irama dan Tawang iaitu diantara Masjid Perupok dan Stesen Minyak Petronas Perupok.



Leave a Reply