5 AKTIVITI MENARIK DI BACHOK

pelbagai pesta tradisional dan keramaian anjuran pelbagai agensi hampir sepanjang bulan kecuali November dan Disember di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Antaranya sukan rakyat, larian Irama Bachok, pertandingan wau, dikir barat, wayang kulit, sambutan ulang tahun Keputeraan Al-Sultan peringkat daerah, pertandingan go-kart peringkat negeri, jambori pasukan unit beruniform anjuran Kementerian Pendidikan dan banyak aktiviti lain.

Dari Kota Bharu : Perjalanan dari bandar Kota Bharu ke Pantai Irama mengambil masa 30 minit pemanduan dengan jarak 20km melalui Kota Bharu-Tawang-Bachok. Jalan masuk ke pantai irama boleh diakses sehingga di tepi pantai.Hanya di Pantai Irama terdapat pelbagai aktiviti berbayar menarik di hujung minggu untuk semua pelawat seperti; Banana Boat, ATV, Kereta Kuda,Giant Bubble,jetski & banyak lagi.

1.Banana Boat

Sebelum naik banana boat ni ,anda mesti  pakai jaket keselamatan dahulu.Satu banana boat nie muat 10 orang je tapi boleh saja nak naik suka hati anda berapa orang.Nanti tukang pandu bot laju akan bawa anda ke hulu ke hilir selama beberapa kali sebelum banana boat yang dibawa akan di driftkan sehingga terbalik ditengah-tengah laut.Memang menyeronokkan!!

 2.Payung Terjun Angin & Layang-layang

Hanya seorang sahaja yang akan diterbangkan di gigi air Pantai Irama .Anda mestilah seorang yang berani untuk mencuba bukan seorang yang takut pada ketinggian.Harganya agak berpatutan kerana servisnya sekali dengan jaket keselamatan.

Dikala waktu petang sangat sesuai untuk kanak-kanak bermain di pantai selain daripada mandi air laut.Adik-adik yang tidak berminat nak mandi pantai bolehlah  cuba main layang-layang dan usah risau kerana banyak peniaga yang menjual layang-layang pelbagai pilihan sama ada yang kecil ataupun yang besar boleh adik-adik dapatkannya di sini.

3.Menaiki Kereta Kuda &  ATV

Bagus juga idea mengadakan permainan ini dengan kadar yang berpatutan. Kalau nak naik kereta kuda tadi, bayarannya RM 3 seorang. Manakala permainan lain tu tak pasti pula..Sekurang-kurangnya pengunjung pantai Irama mempunyai pilihan untuk aktiviti lain selain bermain ombak laut.

ATV ni macam motor yang selalu kita naik tapi ianya bertayar empat..hehe.Ia tidak sesuai dibawa oleh seorang yang dalam linkungan bawah umur kerana jika anda tersilap mengawalnya boleh menyebabkannya terbalik dan boleh jadi akan menghempap badan anda.Tapi ia boleh ditunggang seramai dua orang macam dalam gambar dibawah ini.

4.Main Jetski & Mini Hoverkraf

Apa beza jetski dengan mini hoverkraf ini?mana lagi seronok yaa??hmm dua-dua seronoklah xtahu nak beza.Cuba dulu baru tahu seronok ke tak yea..Bezanya jetski anda yang kawal sendiri manakala mini hoverkraf anda akan dibawa tarik oleh pemandu jetski.

 5.Memancing

Kaki pancing tidak melepaskan peluang bersantai di atas benteng di tengah laut.



Leave a Reply