10 MAKANAN SEDAP DI KELANTAN

Makanan Kelantan. Tentu ramai yang suka menikmati makanan Kelantan yang cukup unik dan sedap ini!

Bahkan, tentu ada di antara rakan anda yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya untuk menikmati hidangan yang dirasakan sedap!Jauh beribu batu pun mereka sanggup asalkan dapat memenuhi kehendak tekak yang seakan sudah ‘ketagih’ dengan kelazatan makanan tersebut.

Di Malaysia terdapat bayak makanan yang sedap dan unik boleh anda rasanya. Salah satunya di Kelantan atau negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Kalau anda bukan anak jati Kelantan, alahai ruginya jika berkunjung ke sana tidak mencuba pelbagai makanan enak di sini. Anda mungkin akan berasa sedikit lucu apabila mendengar nama beberapa makanan Kelantan ini. Jom, semak makanan popular di negeri tersebut.

 

1. Kuih Tahi Itik

Kuih tahi itik  merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

2. Kuih Jala Mas

Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula,sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.

 

 

3. Nasi Kak Wok

Nasi berlauk ayam dipotong kecil-kecil, digoreng dengan campuran rempah tersendiri, dan gulai dengan resepi tersendiri ditambah dengan sambal belacan cukup memberi rasa enak tatkala dimakan pada waktu tengahari. Nasi Kak Wok  ini sangat popular di kawasan Kota Bharu.

 

 

4.Ketupat Sotong

Ketupat sotong bukanlah ketupat yang selalu dimakan pada hari raya tapi ketupat sotong ini menggunakan pulut yang diisikan ke dalam sotong kemudian dimasak dengan gula Melaka dan bahan-bahan lain.

 

 

5.Akok

Biasanya akok nisan berwarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja berwarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan. Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.

 

 

6.Nasi Kerabu

Ada dua jenis nasi kerabu disediakan di Kelantan. Yang biasa adalah nasi kerabu putih yang dimakan lengkap dengan kuah tumis. Susunan hidangan nasi kerabu yang biasa dimulai dengan nasi, ulam, sambal kelapa, kuah tumis dan budu. Ada juga versi biru yang tidak dimakan dengan kuah tumis sebaliknya hanya dimakan dengan ulam, sambal kelapa dan sambal cili. Kemudian di atasnya diramaskan beberapa keping keropok goreng dan dimakan dengan daging bakar atau telur masin.

 

7.Nasi Tumpang

Nasi tumpang hanya boleh dijumpai di Negeri Kelantan iaitu gabungan nasi  bersama lauk yang diletakkan dalam daun pisang dan digulung berbentuk kon. Lauknya terdiri daripada masak lemak ikan, udang, serunding, sambal daging dan lain-lain lagi mengikut citarasa pembuatnya. Biasanya kelongsong daun pisang akan dibuat terlebih dahulu dan dimasukkan nasi panas seakan nasi impit  yang akan diletakkan berselangseli dengan pelbagai jenis lauk.

 

 

8.Laksam Kelantan

Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di Negeri Kelantan. Kini, ia bukan sahaja popular di negeri Cik Siti Wan Kembang, malah telah diperkenalkan sebagai salah satu menu utama sarapan pagi di tempat-tempat lain di Malaysia. Laksam yang diperbuat daripada tepung beras dan tepung jagung ini dimakan bersama kuah ikan bersantan pekat. Lebih enak digaul bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.

 

 

9.Kuih Lompat Tikam

Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti kuih lompat tikam ini. Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih.

 

 

10.Ayam Percik Kelantan

Ayam percik Kelantan sememangnya begitu lazat dan menyelerakan. Kuahnya yang berbeza dari tempat lain menjadikan ayam percik Kelantan begitu unik dan digemari ramai.



Leave a Reply