15 RESTORAN SEDAP DI KELANTAN

Kebiasaannya, masa cuti sekolah paling di tunggu-tunggu para pelajar sekolah dan juga ibu bapa mereka bagi meluangkan masa bersama keluarga.Bagi keluarga yang mencari kelainan citarasa  baru yang pelbagai rasa bolehlah singgah bercuti di negeri Kelantan yea!

Kalau berkunjung ke negeri Kelantan, memang rugi sekiranya anda tidak singgah ke tempat makan menarik yang ada di Kelantan. Memang ramai akui, di negeri Kelantan banyak tempat makan menarik, best dan sedap.

1) Kedai Kopitiam Kita

Kedai makan Kopitiam Kita boleh dikategorikan kedai sarapan pagi yang paling top di Kota Bharu. Sebabnya, kedai ini mengumpulkan kesemua nasi berlauk Kelantan yang popular di sekitar Kota Bharu dan dihimpunan di sini. Kiranya, macam menjadi one stop center mengumpulkan nasi terbaik dari kalangan terbaik.

Di sini anda boleh menikmati pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang disediakan ialah Roti Titab dengan telur masak separuh iaitu menu asal kedai ini. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini.

Menu popular: Roti Titab, Nasi Air Dingin, Nasi kak Wok, Nasi Tumpang dan lain-lain

Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia.

2) Kedai Nasi Kak Wok

Kedai Nasi Kak Wok antara kedai turun temurun yang popular di Kota Bharu. Menunya simple sahaja, iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil dan juga rasa gulainya yang pasti membangkitkan selera serta ditambah sambalnya yang sedap.

Disebabkan kemashurannya sejak turun temurun, sudah banyak cawangan yang bertebaran di Kelantan. Ada yang diusahakan sendiri oleh waris Kak Wok, malah ada juga pengusaha yang menggunakan nama Kak Wok untuk melariskan kedainya. Jadi, jika anda ingin mencuba nasi Kak Wok, pastikan ke kedai yang asal atau ke kedai cawangan original.

Menu popular: Nasi berlauk ayam goreng

Alamat: Asal (Jalan Lundang, belakang KBMC), Cawangan (Kubang Kerian -Depan USM)

3) Warung Pak Mat Pulau Pisang

Warung Pak Mat Pulau Pisang juga merupakan lokasi kedai makan menarik yang wajib dikunjungi di Kelantan. Apa yang istimewa? Sudah tentu Sup Kepala Ikan. Harganya memang mahal sedikit.

Apapun anda juga boleh makan sup ikan iaitu bahagian lain ikan dengan harga yang lebih murah. Selain itu, anda mesti cuba Teh Tarik Madu! Warung Pak Mat Pulau Pisang ni senang jer nak cari. Ia terletak di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh menuju ke Pantai Cahaya Bulan.

Alamat: Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

4) Restoran Nasi Ulam Cikgu

Menyediakan hidangan nasi putih serta lauk pauk seperti ikan bakar, ikan goreng, masak lemak dan ulam-ulaman segar yang dimakan bersama sambal atau budu.Berkonsepkan layan diri, anda pasti berpuas hati dengan menu yang disediakan dengan harga yang berbaloi.

Alamat/lokasi: Terletak di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar Siti Khadijah

Waktu: Setiap hari kecuali Jumaat (11.00 pagi – 5.00 petang).

5) KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh 

Nak makan ikan bakar anda mesti berkunjung ke KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh. Selain ikan bakar, pelbagai menu lain turut disediakan. Sudah tentu turut ada pelbagai ulam-ulaman, sambal beserta budu.

Alamat/lokasi: Terletak di Wakaf Che Yeh. Berhadapan dengan CIMB Bank.

6) Nasi Kukus Suriani

Menyediakan hidangan nasi kukus dengan pelbagai jenis lauk pauk pada harga yang berpatutan.

Alamat/lokasi: terletak hanya di sebelah Stadium Muhammad IV di jalan menuju Hospital Raja Perempuan Zainab II.

7) Maggi Tiram Pok Weil Bachok

Jika anda menuju ke Bachok, boleh lah singgah di sini kerana ia terletak di luar kawasan bandar Kota Bharu. Antara kedai makan yang trending sekarang di Kelantan. Menu yang popular adalah mee segera yang dimasak bersama tiram. Juga terdapat menu lain seperti tiram segar yang dimakan bersama sos istimewa, telur dadar tiram dan nasi goreng.

Alamat/lokasi: terletak di Tawang (menghala ke Bachok)

Waktu Operasi: Selasa hingga Khamis (11.00 pagi -12.00 tengah malam) Jumaat (3.00 ptg – 12.00 tgh mlm) (Isnin tutup)

8) Alemy Meggi Ketam Cherang Ruku

Menunya simple sahaja, hanyalah maggi berkuah yang diletakkan 2 ekor ketam nipah. Jika anda melalui jalan pantai menuju ke Tok bali boleh lah singgah di sini.

Alamat/lokasi: Bangunan MDPP,Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan

Waktu: Setiap hari 5.00 petang – 2.00 pagi

9) Maggi Ketam Relax Cafe Pasir Pekan

Kali ini kita keluar sedikit dari bandar Kota Bharu namun ianya tidaklah sejauh mana. Lebih kurang 15 km sahaja daripada bandar Kota Bharu. Kalau daripada Kota Bharu, ia terletak di Pekan Pasir Pekan jalan menghala ke Pasir Mas.

Alamat/lokasi: Pasir Pekan. Jalan menghala ke Pasir Mas.

10) KB Burger Bakar Kota Bharu

KB Burger Bakar Kota Bharu ni terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat JKR Kelantan. Boleh dikatakan lokasinya memang senang dijumpai. Burger bakar yang menarik dan sedap boleh anda nikmati di sini.

Alamat/lokasi: Berdepan dengan Ibu Pejabat JKR Kelantan dan Kota Bharu.

11) The Red Warrior Station

Kafe /kopitiam yang baru di bukak, dipenuhi warna-warna merah; warna rasmi untuk pasukan bola sepak Kelantan ataupun dengan gelaran Red Warriors.Harga makanan standard range untuk kafe/kopitiam.

Alamat :The Red Warriors Station, Jalan Bayam, berhampiran dengan Stadium Muhammad ke-4, Kota Bharu

12) Medan Selera Buluh Kubu

Di sini ada macam2 jenis juadah yang boleh di pilih mengikut selera masing2. Cukup terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang Kelantan, ayam percik, laksam, serta aneka jenis kuih-muih tradisional yang sedap-sedap belaka.

Pasar malam merangkap medan selera yang merupakan happening spot di waktu malam. Medan Selera Buluh Kubu terletak di belakang Rumah Pangsa Buluh Kubu di Jalan Maahad Off Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Waktu Operasi : 6ptg- awal pagi.

13) Nasi Ayam Kampung Telipot

Juadah istimewa, nasi berlauk ayam kampung goreng. Sungguh enak apabila dimakan panas. Sambal yang sangat sedap dan juga timun batang yg dihiris nipis. Dan paling menarik perhatian adalah ayam kampung masak gulai/kari.

Biasanya setiap orang akan ambik lebih daripada seketul ayam kampung goreng tu. Yang istimewanya warung ini ialah nasi tambahan adalah ‘unlimited’ adan FOC. Pelanggan hanya cuma bayar harga setiap ketul ayam kampung yang dimakan iaitu RM3.50 seketul dan juga minuman.

14) Pizzeria Traudi

Apabila anda berkunjung ke restoran ini,anda boleh nikmati pelbagai jenis makanan ala barat seperti pizza, lamb chop ,chicken chop,seafood ala barat dan pelbagai jenis spagetti . Anda tidak menyesal singgah di sini!Cubalah!

15) Syam Restoran

Pelbagai hidangan yang enak pasti memikat selera anda ketika anda berada di sini seperti prawn butter,siakap 3 rasa,puyuh goreng dan banyak lagi.Restoran ini juga sesuai  bagi anda yang mahu meraikan majlis Perkahwinan,majlis Perpisahan,dan sebagainya.Tapi ia mesti ditempah lebih awal dari tarikh anda supaya anda menyesal nanti.



One comment

  1. Waniey Hasim says:

    Assalam Tuan,
    Di cadangkan jika sesuai untuk di masukan Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu, Jalan Pintu Pong Kota Bharu. Specialty Nasi Dagang Kelantan yang sedap. Premis asal di Pekan Wakaf Bharu, hadapan Klinik WB dan beroperasi sejak 15 tahun lalu. Boleh cuba2 singgah dan rasa.

Leave a Reply