10 KUIH-MUIH KELANTAN YANG SEDAP

Sebut sahaja pemanis mulut yang ada di Kelantan, memang sangat banyak. Kelantan yang terkenal dengan syurga makanan tradisional mempunyai pelbagai jenis kuih muih dengan pelbagai rasa, pelbagai nama dan keunikannya tersendiri.

Di sini, terdapat beberapa jenis kuih yang boleh anda dapati di Kelantan. Ada diantaranya yang susah didapati dan ada juga yang tidak dikenali ramai dengan nama yang pelik. Apa yang penting, keenakkan dan kemanisannya hanya boleh didapati bila anda berada di sini.

1.Kuih Butir Nangka

Sejenis kuih basah atau berkuah yang kelihatan sama dengan badak berendam walaupun begitu ianya sedikit berlainan dari segi pembuatannya dan teksturnya buah nangkanya berwarna-warni.

Warnanya dapat menarik perhatian pemakannya dan ada juga dibuat sama warna semuanya.

2.Kuih Lompat Tikam

Ia adalah sejenis kuih yang dimakan dengan gula melaka yang manis rasanya.Lompat Tikam di Kelantan lebih berwarna-warni dengan isi pulutnya yang berwarna merah bersama potongan adunan tepung kuihnya yang berwarna putih dan hijau.

3.Kuih Nekbat Sira

Ianya seakan-akan kuih baulu dan disira dengan air gula campuran wangian daun pandan.Ia juga begitu popular di Terengganu yang dijadikan hidangan pencuci mulut.

4.Kuih Asam Gupal @Senggupal

Kuih biji sagu yang berkuah santan lemak.Kebiasaanya terdapat juga di mana di dalam sagu itu terdapat isi kacang merah.Ianya agak susah  hendak mencarinya di KL bagi peminatnya kerana rasanya yang sedap.

Di Terengganu juga kita boleh jumpanya dan resepinya juga lebih kurang sama.

5.Kuih Lempok

Sejenis makanan santai yang seakan-akan dodol dan lempok yang paling popular ialah lempok durian.Jika anda berkunjung ke Kelantan,anda boleh dapatkannya di  Pasar-pasar besar di Kelantan seperti Pasar Siti Khadijah,Bazaar Tok Guru dan lain-lain lagi.

Ianya mudah disimpan dan  tahan lama disamping cara pembungkusannya sangat kreatif.

6.Kuih Topi

Kuih yang sangat unik dan disebabkan ia berbentuk topi  selepas digoreng jadi kuih ini dinamakan kuih topi di kalangan orang Kelantan.Ia ada rasa lemak manis santan kelapa dan sedap dimakan panas-panas selepas digoreng.

7. Sira Pisang & Labu

Lagi menu kuih bersira yang gemar di makan oleh orang Kelantan di waktu minum petang ataupun dimakan bersama nasi putih.

Menu sira ini merupakan menu wajib dalam jamuan makan di majlis perkahwinan orang Kelantan.Cara pembuatannya mudah dan cerewet seperti kuih-kuih lain.

8.Nasi Manis

Ia sejenis pulut yang rasanya agak manis dan biasanya ia dimakan begitu sahaja tanapa hidangan lain.Selain itu,nasi manis ini dijadikan hidangan buah tangan bagi tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.

9.Kuih Gerodok Telur

Iaitu salah satu kuih yang menggunakan bahan asas telur.Ianya seakan-akan kuih sekaya tetapi cara pembuatannya hampir sama cuma teksturnya agak berlainan sedikit dan lebih kering.

10.Tapai Pulut & Tapai Ubi

Di Kelantan, kebiasannya kuih tape(tapai) yang sinonim akan disediakan pada sambutan Hari Raya  Aidilfitri dan diperbuat daripada beras pulut dan ubi kayu.

Rata-rata kuih-muih Kelantan agak manis dan bagi mereka yang berasal dari  Pantai Barat dan memang mengambil masa untuk membiasakan diri kalau terpaksa berpindah dan bermastautin di Kelantan.Selamat Mencuba!



Leave a Reply