Hubungi 0199395858

Villa Impiana

Villa Impiana merupakan sebuah villa percutian eksklusif. Villa mewah ini letaknya di Perupok, Bachok, Kelantan. Dari villa ini, anda bakal menikmati keindahan pemandangan laut. Bunyi desiran ombak menghempas pantai bagaikan muzik dan irama istimewa mengiringi percutian anda.

Villa Impiana di Perupok ini menyediakan pelbagai kemudahan khas. Villa ini mempunyai lapan bilik lengkap dengan kemudahan penghawa dingin. Bilik pula menghadap laut (seaview). Anda akan melihat keindahan matahari terbenam di senja hari.

Pada setiap bilik Villa Impiana, ada didatangkan TV skrin flat. TV ini dilengkapi dengan saluran Astro bagi memeriahkan lagi percutian anda dan keluarga.

Bagi menambahkan suasana keseronokkan di Villa Impiana, kami menyediakan tempat BBQ untuk pelanggan-pelanggan kami. Anda pasti dapat menikmati pengalaman yang menyeronokkan di tepi pantai atau di halaman villa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

 

Rasai pengalaman BBQ yang lazat di sisi pantai. Satu pengalaman indah yang tak akan dapat dilupakan. Seandainya anda mahukan percutian eksklusif di Bachok, Kelantan untuk hari keluarga, majlis reunion, seminar dan majlis perkahwinan, Villa Impiana adalah pilihan yang tepat.

Kami berusaha sedaya upaya bagi memastikan anda mendapat kemudahan yang terbaik dan selesa.

Untuk pengetahuan anda juga, Villa Impiana menawarkan kemudahan tambahan. Anda boleh mendapatkan set karaoke dan makan malam BBQ pada harga yang cukup istimewa. Hubungi kami dan kami akan segera uruskan untuk anda.

Seandainya anda menginginkan percutian secara private - Villa Impiana adalah pilihan yang tepat.

Private Villa Exclusive

Private Villa Exclusive di Perupok, Kelantan

Jom cuti-cuti di private villa, Villa Impiana. Sebuah villa mewah eksklusif yang dicipta khas bagi memenuhi kehendak anda. Pelbagai kemudahan disediakan. Antaranya,

  • Seaview deck untuk menikmati keindahan pantai
  • Dewan terbuka lapang untuk aktiviti indoor
  • Dataran tepi pantai yang damai untuk aktiviti outdoor
  • Pantai yang bersih nan indah untuk aktiviti mandi manda
  • Buaian tepi pantai yang direka khas
  • Kolam renang khas untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Tempat-tempat menarik untuk bergambar
  • Set karaoke untuk bersuka ria
  • Tempat BBQ yang selesa berserta kelengkapannya
  • 8 bilik tidur yang selesa lengkap dengan penghawa dingin, televisyen dan peti sejuk

Pakej Perkahwinan

Villa Impiana menawarkan pakej perkahwinan berkonsepkan Beach Wedding. Pertama di Kelantan.

  • Hanya RM35/pax. (Minimum untuk 500 pax)
  • Andai 250 pax, harga adalah RM40/pax.
  • Ada photo booth yang dihias cantik
  • Pelamin
  • Meja Beradat
  • Dewan Terbuka
  • Dewan Tertutup utk Pelamin (berhawa dingin)
  • Meja bulat 6 kaki + alas meja putih
  • Kerusi + sarung kerusi
  • PA System
  • Katering mengikut menu pilihan dan servis katering
  • Anjung menghadap pantai
  • Kawasan lapang villa yang sangat luas
  • Majlis Perkahwinan eksklusif di tepi pantai

Kami juga menyediakan servis

  • Make up pengantin
  • Photography
  • Persalinan pengantin

Khas untuk mereka yang bakal bergelar raja sehari, Villa Impiana menyediakan pakej perkahwinan lengkap bagi majlis perkahwinan paling selesa. Berkonsepkan 'Beach Wedding'. Realisasikan impian anda di Villa Impiana.

Perkhidmatan Kami

Private Villa

Rasai dan alami keselesaan yang menakjubkan di private villa, Villa Impiana yang terletak di Perupok, Bachok, Kelantan. Villa ini merupakan satu tempat penginapan eksklusif di tepi pantai.

Tempah Sekarang

Pakej Perkahwinan

Khas untuk mereka yang bakal bergelar raja sehari, Villa Impiana menyediakan pakej perkahwinan lengkap bagi majlis perkahwinan paling selesa di Kelantan yang berkonsepkan 'beach wedding'.

Tempah Sekarang

Impiana Guesthouse

Impiana Guesthouse merupakan dua buah rumah tamu yang bersedia untuk menerima tetamu. Rumah tamu ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang selesa.

Tempah Sekarang

Hubungi Villa Impiana

Kami Sedang Menanti Anda

@villaimpianaperupok
@villaimpianaperupok
Tempahan
019-9395858
*Sila hantar email. Semua ruangan perlu diisi.
Villa Impiana
Pantai Perupok Bachok

Kegembiraan Anda Impian Kami

  • 019-9395858.